Sijil halal tidak sepadan dengan permit, daging kerbau dari India disita

8 Nov 2026 • 5:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sijil halal tidak sepadan dengan permit, daging kerbau dari India disita

PETALING JAYA: Hampir 28 tan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari India disita di Pelabuhan Klang selepas maklumat pada sijil halal didapati tidak sepadan dengan pengisytiharan dalam permit import.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketidakpadanan itu dikesan ketika pegawai penguat kuasa memeriksa konsainan berkenaan pada pukul 10.40 pagi, 6 November lalu.

“Dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut. Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Nik Ezanee berkata, konsainan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan dan siasatan lanjut berhubung kesalahan yang disyaki di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, AKPS akan terus mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh kawalan di pintu masuk negara bagi membanteras ketidakpatuhan, manipulasi dokumen serta penyalahgunaan prosedur pengimportan. – UTUSAN

The post Sijil halal tidak sepadan dengan permit, daging kerbau dari India disita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved