“Daging tak masak, liat” – Pelanggan Tayang Beli Pizza Viral ‘Soggy’ Buat Ramai Jadi Kembang Tekak

5 Nov 2025 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sejak semalam, viral di Threads mengenai keluhan pelanggan yang membeli pizza viral milik seorang pempengaruh terkenal.

Difahamkan pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati setelah membeli pizza tersebut kerana kualiti yang begitu teruk dan tidak setanding dengan harga yang dianggap mahal.

Pizza soggy & daging mentah

Dalam satu video tular, pemilik video dilihat menayangkan pizza yang kelihatan soggy sampaikan ia susah untuk dipegang, malah pelanggan tersebut turut mendakwa daging yang terkandung dalam pizza tersebut mentah dan liat.

Malah, dikatakan ia bukanlah kali pertama pelanggan mengalami pengalaman buruk tersebut tetapi ada pelanggan lain yang pernah membuat aduan mengenai makanan lain. Lebih teruk lagi, ketika aduan itu diajukan, peniaga memberikan respon yang sangat tidak profesional.

image is not available

Menjengah ke ruagan komen ramai netizen meluahkan rasa geram dan ada yang mual melihat keadaan pizza tersebut.

Bagaimanapun masih belum ada kepastian yang sahih tentang siapa pemilik perniagaan pizza tersebut, namun di ruangan komen ramai yang cuba membandingkan produk pizza tempatan lain yang jauh lebih berkualiti tinggi dengan harga yang lebih murah.

image is not available image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.