Dah 13 Tahun Buat Benda Sama, Lelaki Akhirnya Ditahan Gara-gara Curi 360 Baju Hujan Wanita

Entertainment
2 Oct 2022 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di Jepun pula, kecoh dengan kisah seorang lelaki berusia 51 tahun yang ditahan gara-gara mencuri sebanyak 360 helai baju hujan wanita, lapor Oddity Central.

Lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat khabar itu dikatakan telah mula mencuri baju hujan wanita sejak 2009 lagi iaitu 13 tahun lepas.

image is not available

Menurut pihak polis negara matahari terbit itu, lelaki itu akan mengikuti wanita yang menunggang basikal atau mencari basikal di tempat parkir basikal yang mempunyai tempat duduk kanak-kanak atau basikal yang berwarna feminin (sebab selalunya basikal dengan warna itu dimiliki oleh wanita).

Dia kemudiannya akan mencuri baju hujan yang ditinggalkan oleh pemilik basikal di dalam bakul basikal.

image is not available

Polis turut menganggarkan bahawa jumlah kos purata baju hujan yang dicuri ialah sebanyak 3,500 yen iaitu kira-kira RM112 untuk setiap helai. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dicuri ialah 1.12 juta yen (kira-kira RM35,878). Banyak tu!

Agak-agak apa la yang dibuat dengan semua baju hujan tu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.