Dah 2 Kali ‘Tertangkap’, Lelaki Kantoi Buang Sampah & Kencing Belakang Kawasan Perumahan [Video]

31 Oct 2025 • 7:27 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Selain menjadi medium perhubungan, media sosial pada hari ini juga dilihat berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat.

Manakan tidak, setiap hari, ada sahaja kisah dan gelagat orang ramai yang dikongsikan di situ.

Antara yang sering mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai adalah sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Lelaki Selamba Buang Sampah & Kencing Di Belakang Kawasan Perumahan

Semalam (30 Oktober), tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Bandar Tiram, Ulu Tiram, Johor.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan di Threads @zamriz, awalnya kelihatan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton X50 berwarna putih berhenti di kawasan perumahan tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia membawa bungkusan berwarna hitam yang dipercayai plastik sampah dari kereta dan meletakkan bungkusan itu pada dinding bangunan berkenaan.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit kemudiannya dilihat berdiri seolah-olah seperti sedang membuang air kecil.

Namun, rakaman CCTV yang kabur tidak dapat mengesahkan sama ada dia sememangnya berbuat demikian.

Bukan Kali Pertama Berbuat Demikian

Namun pengguna Threads berkenaan mendakwa lelaki itu memang membuang air kecil dan itu bukanlah kali pertama dia bertindak sedemikian.

Sebelum ini, dia mendakwa lelaki terbabit pernah melakukan perbuatan tidak senonoh sebegitu pada waktu siang.

Bagi menguatkan dakwaannya, dia turut berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp bertarikh 4 Oktober lalu memperlihatkan seorang lelaki sedang kencing berdekatan Proton X50 berwarna putih.

“Dahla buang sampah belakang area perumahan kitorang (belakang kedai belum buka), pastu kau kencing lagi dekat situ.

“Kali kedua you caught on CCTV bro, first siang, yang ni kantoi malam pulak. No manners, pathetic. Bawa kereta besar tapi tak reti cari toilet,” kongsinya.

View on Threads

Malah menerusi ruang balasan, pengguna berkenaan mendakwa jirannya telahpun membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Berdasarkan butiran pada CCTV berkenaan, kejadian berlaku pada 29 Oktober lalu kira-kira jam 7.28 malam.

image is not available

Pengguna Media Sosial Luah Rasa Geram Lihat Perbuatan Lelaki

Perkongsian yang telah mendapat lebih 22,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki terbabit yang dilihat selamba membuang sampah serta didakwa membuang air kecil di kawasan itu.

Malah, ada juga yang meminta penduduk di kawasan berkenaan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Jiran Aku Ada Macam Ini, Kantoi Juga, Aku Suruh Dia Siram Tempat Kencing”

image is not available

“Orang Taman Jugak Tu? Kalau Orang luar Mustahil Nak Datang Situ Banyak Kali”

image is not available

“Dah Tahun 2025 Masih Ada Lagi Manusia Kencing Merata Macam Ini & Buang Sampah Macam Tu?”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Pekerja Servis Aircond Buang Sampah Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kencing Di Pemegang Eskalator MRT Di Singapura Buat Ramai Bengang [Video]