“Dah 2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Minta Bella Astillah Tunaikan Janji, Mahu Nama Dibersihkan 

LocalEntertainment
5 Apr 2026 • 6:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine kembali menjadi perhatian apabila memuat naik satu luahan panjang di Threads.

Lebih mengejutkan apabila wanita Singapura itu memetik nama selebriti popular, Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

Sarah memohon Bella menunaikan janji yang ditunggu-tunggu sejak dua tahun lalu.

Sarah Yasmine tunggu 2 tahun, persoal janji belum ditunaikan

Luahan itu menunjukkan kekecewaan yang dipendam lama, apatah lagi apabila melibatkan maruah diri yang didakwa masih belum dibersihkan secara terbuka.

image is not available

Sarah turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh tersebut, dia terpaksa berdepan pelbagai tekanan termasuk kecaman netizen, ugutan serta ‘blackmail’ demi menyelamatkan Bella.

Sarah menyatakan bahawa perkara ini turut memberi kesan kepada anak-anaknya dan dia kini mahu tindakan segera diambil.

Sarah turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan lagi berdiam diri sekiranya perkara ini terus berlarutan.

Pssttt! Harapnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa membuka lebih banyak aib mana-mana pihak.

Kredit: Threads Sarah Yasmine
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Dah 2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Minta Bella Astillah Tunaikan Janji, Mahu Nama Dibersihkan  appeared first on Oh! Media.