“Dah 7 bulan saudara” – Dituduh Hilang Timbang Rasa Dekat Food Rider, JPJ ‘Sound Setepek’

Entertainment
14 Sep 2023 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan melihat keadaan penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki setelah motornya disita itu amat mengharukan buat rakyat Malaysia.

Namun begitu, peraturan tetap kena patuhi memandangkan penghantar makanan p-hailing itu sendiri mengakui kesalahannya yang tidak mengemaskini cukai jalan dan insuran motornya.

Susulan dengan kejadian ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri memberikan pengesahan mengenai hal tersebut. Namun begitu masih ramai netizen yang anggap tindakan pihak berkuasa ini kejam dan hilang timbang rasa.

Kecaman itu dibuat oleh salah seorang netizen menerusi ruangan komen di Facebook rasmi JPJ, disebabkan itu, pihak JPJ tampil memberikan respon pedas buat netizen tersebut.

Jelas JPJ, pihak mereka boleh memberikan pertimbangan jika cukai jalan itu tamat dan bertangguh dalam masa sebulan atau dua bulan tetapi dalam kes ini, ia sudah menjangkau lebih setengah tahun dan agak susah jika berlaku sebarang kemalangan.

image is not available

Apapun isu ini telah dianggap selesai setelah pempengaruh, Aisar Khaled dan pelawak, Achey sudah menghulurkan bantuan buat penghantar makanan itu.

Semoga lepas ini mereka di luar sana dapat patuhi peraturan jalan raya dan tidak berlaku sebarang isu memandangkan tuan empunya badan pun sudah mengaku bahawa ia silapnya sendiri.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.