
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pasti berdepan ujian atau kesusahan yang tersendiri sebagai contoh ada yang diuji dengan kewangan, masalah kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Meskipun berada dalam keadaan susah namun perkara itu dilalui dengan sabar dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Akan tetapi ada ketika Allah SWT berikan rezeki seseorang itu datang melalui orang lain seperti menerusi pertolongan dan sebagainya.
Rider sebak lepas tahu ada yang infak untuk kos baiki motosikal
Baru-baru ini seorang rider penghantar makanan tidak dapat menahan air matanya apabila mengetahui ada insan baik hati yang membantu membayarkan kos membaiki motosikalnya yang rosak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Minyak Hitam Jalanan di TikTok, kelihatan rider berkenaan duduk di bahu jalan disebabkan rantai motosikalnya telah tercabut sewaktu berada di jalan berdekatan Ikea Damansara.
Ekoran itu dia kemudian menghubungi influencer dan juga mekanik, Abang Minyak Hitam Jalanan untuk memintanya datang ke lokasi untuk membaiki rantai tersebut.
“Cerita petang semalam masa tu aku dekat tasik Ikea Damansara, memang lepas pukul 5 petang aku selalu akan balik rumah dulu ambil minyak hitam yang dah jual di tasik Ikea, aku baru je nak jalan ada seorang abang ni call,” ujar abang mekanik.
Ada yang cuba bantu tapi tidak boleh membaiki masalah motosikalnya
Dia kemudian meminta rider itu untuk memberikan lokasi dan gambar keberadaannya untuk datang membaiki motosikal tersebut.
Rider itu turut memaklumkan dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan terdapat beberapa individu yang berhenti dan cuba untuk membantu namun tidak boleh membaikinya.
“Abang ni bagi lokasi, aku tengok lokasi dekat highway LDP aku video call dia, sekali jalan sekali aku nak balik rumah. Okay, abang tunggu kejap dalam tiga hingga empat minit saya sampai,” katanya lagi.
Jatuh disebabkan rantai motor tersangkut, minta buka rantai dan panggil kawan tunda
Sebaik sahaja sampai di lokasi, rider tu memaklumkan rantai motosikalnya tersangkut dan telah menyebabkan dia jatuh dan bernasib baik ketika insiden berlaku tiada kenderaan di belakangnya.
Sewaktu kerja pembaikan dilakukan, rider meminta Abang Minyak Hitam untuk membuka rantai dan akan menyuruh rakannya datang untuk menunda motosikal ke rumah. Bahkan memaklumkan sudah membeli barang untuk membaiki namun tidak mempunyai masa.

“Dalam hati aku cakap, dia ni tak cukup duit ni. Dengan brake pad pun habis (nipis). Aku tukar brake pad dia, dalam dua ke tiga minit dia call isteri mungkin suruh masukkan duit. Sebab tadi dia kata baru buat dua order abang, ni pun order RM3.50 je.
“Dalam hati aku, tak apa mungkin rezeki abang ni, aku pakailah duit infak sebelum ni ada lagi. Dia betul-betul memerlukan, aku dah siap tukar brake pad dia, abang sekali tukar rantai.
“Aku pun tukar rantai apa semua, sekali tengok muka dia macam cerita Papa Zola pula, aku pun cakaplah tak payah bayar anggaplah rezeki. Ya Allah dia terus menangis, aku pun sekali menangis.”

Menangis sebaik tahu tak perlu bayar
Dalam video kelihatan wajah rider itu begitu sebak sebaik mengetahui sudah ada orang yang membayar kos untuk membaiki motosikal tersebut.
Bukan hanya itu, mereka turut dilihat saling berpelukan dan Abang Minyak Hitam mengatakan dia memahami kesusahan rider itu.
@minyakhitamjalanan_ Cerita ptg semalam, mase tu aku dekat tasik Ikea Damansara, mmg lepas pukol 5ptg aku selalu akan balik rumah dulu amik minyak hitam yang dah jual di tasik Ikea, aku baru je nak jalan ade seorg abg ni call.. Abg: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke rantai saya tersangkut, dekat spoket blkg, boleh ke abg tolong saya..
♬ original sound – romiez – romiez: w’asalam ye abg, abg bagi location & gambar dekat mana.. Abg food: baik abg, nanti saya bagi location & gambar.. saya pun dah tak tahu nak buat ape ni, ade dua tiga org berti tapi tak blh nak buat.. ” Abg ni bagi location, aku tgok location dekat highway LDP, aku video call dia, sekali jalan sekali aku nak balik rumah”
: ok abg tunggu kjap dalam 3 4min saya sampai.. Abg food: baik abg saya tunggu abg tepi jalan ni.. ” Aku sampai² je dia cakap dgn aku” Abg food: rantai tersangkut abg, saya jatuh motor dekat depan tu selamat la takde kerata blkg saya tadi,
: alhamdulillah selamat abg takde ape² sgt.. Abg food: abg bukak rantai tu, nanti saya suruh kawan saya datang tolak dekat ruma.. barang saya dah beli tapi takde Mase nak pasang.. ” Dalam hati aku cakap, dia ni tak cukup duit ni, dgn brak pad pun abis langsung, aku Tuka brak pad dia, dalam 2 3min dia call isteri mungkin suruh bank in..sebab tadi dia kata saya baru dua Oder abg, ni pun Oder rm3.50 je, dalam hati aku, takpe mungkin rezeki abg ni, aku pakai la duit infaq sebelum ni ade lagi.. dia btl² memerlukan.. aku dah siap Tuka brek pad dia, abg sekali la Tuka rantai.” ” Aku pun Tukar rantai ape semua, sekali tgok muke dia macam cerita papa Zola plk, aku pun cakap la tak payahlah bayar anggap la rezeki, Ya Allah dia terus menangis
, aku pun sekali menangis
Allahu Akbar
” “Aku jalankan amanah orang yang sungguh berat bagi aku, ya Allah engkau permudahkan urusan abg ni & terus kuat mencari nafkah amin²
” #fyp #alhamdulillah #masukberandafyp
Ramai sebak lihat rider penghantar makanan
Melihat di ruangan komen, terdapat pengguna yang dipercayai kenalan kepada rider memaklumkan pada dua tahun lalu rider itu kemalangan ketika sedang menghantar makanan dan menyebabkan dia koma bagi tempoh yang lama.
Tidak kurang juga ramai yang sebak sebaik melihat rider tersebut sebak selepas dimaklumkan tidak perlu bayar.
“Rider ni kawan saya, isteri dia pun kawan saya. Kawan baik dari kolej. 2 tahun lepas dia diuji kemalangan masa buat Grab Food, lama dia koma. Dia orang dah lama kawin, belum ada zuriat. Doakan dia orang guys moga dikurniakan zuriat soleh dan solehah”

“Kepada yang infak, selagi rantai tu berputar mencari rezeki selagi itulah pahala mengalir dalam akaun yang infak. Mudahnya kumpul pahala.”

“Lelaki kalau nangis sakit tengok. Mesti masa sementara abang tu betulkan motor dia tengok bank akaun.”


![Rider Hampir Digilis, Motosikal Diseret Lori Ketika Berhenti Tunggu Lampu Isyarat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)