“Dah balut parcel tebal-tebal”- Khairul Aming Stres Dengan J&T Lepas Sambal Nyet Pelanggan Pecah

Entertainment
14 Jan 2023 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa Sambal Nyet yang merupakan produk jenama makanan milik influencer terkenal iaitu Khairul Aming semakin terkenal dan sampai sekarang pun, sambal tersebut masih lagi laku keras di Shopee.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming baru-baru ini meluahkan rasa stresnya dengan perkhidmatan syarikat kurier J&T apabila Sambal Nyet yang dipos kepada pelanggannya pecah.

Khairul Aming telah berkata sedemikian menerusi Twitter di mana dia selaku pemilik perniagaan berasa stres dengan servis J&T kerana botol sambal yang telah dibalut setebal yang mungkin tetap pecah.

Dalam Tweet tersebut, Khairul Aming turut mendedahkan bahawa perkhidmatan Pos Laju pula bagus kerana mereka mengendalikan bungkusan sambal dengan baik.

Jika ada isu sekali pun, pihak Pos Laju juga akan bertanggungjawab manakala dengan J&T pula, dah banyak kali botol sambalnya pecah apabila dipos dengan servis tersebut.

Difahamkan, bisnes Sambal Nyet Khairul Aming menggunakan kedua-dua servis kurier tersebut kerana ia telah ditetapkan oleh platform Shopee.

image is not available

Rata-rata netizen yang pernah membeli sambal Khairul Aming juga mengatakan bahawa botol Sambal Nyet memang dibalut dengan tebal.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, ada juga warganet lain yang menyarankan agar Khairul Aming menukar bubble wrap biasa ke inflatable bubble wrap kerana ia lebih sesuai dan selamat untuk balut dan pos botol kaca.

image is not available

Apa-apa pun, kita harap ada penyelesaian la kan untuk isu botol sambal pecah ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.