Dah Bau Nasi Minyak! Taylor Swift & Travis Kelce Bakal Berkahwin Di Madison Square Garden?

EntertainmentLifestyle
26 Jun 2026 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 06 26T165628.078

Pasangan selebriti hangat, Taylor Swift dan Travis Kelce dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam sebuah majlis perkahwinan besar-besaran di arena ikonik, Madison Square Garden (MSG) tidak lama lagi.

Menurut media terkenal antarabangsa TMZ, dianggarkan seramai 1,100 hingga 1,200 tetamu bakal hadir ke MSG pada 3 Julai ini bagi menyaksikan pasangan ini bergelar suami isteri.

Artikel berkaitan: “Untung RM30K” – Bawa Fans Ke Konsert Taylor Swift Naik Bas, Netizen Puji Bisnes Lelaki Ini

Artikel berkaitan: Pakai T-Shirt Unik, Lelaki Ini Sanggup Belanja RM10K Untuk Teman Isteri Ke Konsert Taylor Swift di Singapura

Demi menjaga privasi hari bahagia mereka, Taylor dan Travis dikabarkan sanggup mengambil langkah drastik termasuklah hanya menghantar kad jemputan menerusi kiriman mesej (SMS/WhatsApp) sahaja berbanding menggunakan kad fizikal bagi mengelakkan maklumat bocor.

Kawalan Ketat & Tiada Tingkap Untuk Paparazzi

cats 25

Pemilihan lokasi di MSG dikatakan sangat strategik kerana struktur bangunan tersebut tidak mempunyai sebarang tingkap yang membolehkan pihak luar atau paparazzi mengintai dan mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung. Selain itu, kawasan tempat letak kereta bawah tanah di premis tersebut juga memudahkan para tetamu VIP untuk keluar masuk tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

Difahamkan, satu pelan keselamatan rapi telah dirangka bersama pihak Jabatan Polis New York (NYPD) serta syarikat keselamatan swasta bagi memastikan ruang persekitaran majlis benar-benar selamat. Langkah keselamatan itu berkemungkinan besar melibatkan penutupan beberapa jalan utama di sekitar kawasan MSG.

Stadium terkemuka itu nanti bakal dihias indah bersesuaian dengan acara gilang-gemilang tersebut. Untuk rekod, Taylor sebelum ini pernah mengadakan konsert di MSG sebanyak lapan kali sepanjang karier seninya, menjadikan pemilihan lokasi perkahwinan ini sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.

Sumber: TMZ

Sumber: CBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved