Dah bertahun bayar, wanita dakwa Syada Amzah tak buat reviu produk – “Alasan rumah banjir”

12 Oct 2023 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah tak buat reviu produk meskipun telah dibayar.

Menerusi satu muat naik di X, @NurnisaOmar mendakwa pempengaruh media sosial itu tidak membuat reviu tersebut atas alasan rumahnya dilanda banjir.

Menurut @NurnisaOmar, walaupun syarikatnya telah memberikan jalan penyelesaian kepada Syada, namun tugasan tersebut masih belum dilaksanakan.

Syada Amzah tak buat reviu produk?

“Dah lah sejenis tak bertanggungjawab. Produk dah bagi, duit dah bayar tapi tak buat reviu seperti yang dipersetujui.
“Muda lagi tu perangai dah ‘kelaut’. Takda siapa yang cakap halalkan bayaran & produk tu. Alasan sebab rumah banjir masa tu. Jadi kita bagi penyelesaian, tak selesai sampai makan tahun dah,” tulisnya semalam.

Malah @NurnisaOmar mendakwa walaupun syarikatnya telah memberikan ruang kepada Syada untuk menyiapkan reviu atau membayar semula kos produk tersebut namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

Aku pun dah berhenti kerja dari syarikat tu…

image is not available

Bagaimanapun @NurnisaOmar tidak pasti sekiranya syarikat lamanya masih menghasilkan produk yang dihantar kepada Syada ataupun sebaliknya.

Kalau rasa bertanggungjawab, buatlah!

image is not available

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Syada mempersoalkan tindakan kakaknya, Shila yang ingin menjual rumah yang sedang diduduki oleh keluarganya.

Namun begitu, Shila menjelaskan bahawa tindakan menjual rumah itu adalah untuk memberikan keluarganya rumah baharu kerana kediaman sekarang terlalu besar untuk ibunya, Syada, Syafiq, Syahir dan Icha.

Menurut isteri kepada pempengaruh Ubai itu, dia ingin menjual rumah tersebut dan menggunakan duit daripada jualan untuk membeli rumah yang sesuai dan mudah untuk dijaga.

Sumber: X @NurnisaOmar