“Kau ‘Famous’ Pun Sebab Menempel..” – Tak Lama Syada Amzah Tutup Komen, Netizen Sambung Kecam

12 Oct 2023 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Diikuti cerita ‘panas’ yang sedang melanda keluarga penyanyi Malaysia yang sempat menjadi peserta Big Stage pada tahun lalu, adiknya, Syada Amzah yang turut terlibat dalam kontroversi tersebut dikatakan sempat menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Mengetahui mulut netizen yang lancang ketika ada gosip-gosip begini, mungkin menjadi sebab dia ingin mendiamkan diri dan mengambil keputusan tersebut. Namun, tidak lama kemudian, netizen kembali bersuara di ruangan komen apabila Syada membukanya semula.

Kau famous pun sebab menempel dengan akak kau Shila tu. Dah besar, kerja lah cari duit sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Kembalinya seksyen komen itu, tanpa membuang masa, warganet terus membidas personaliti media sosial itu secara besar-besaran.

Terkini, di akaunnya Syada telah memuatnaik video di story bersama ibunya serta mengatakan maaf kerana terlibat sekali dalam perbalahan mereka adik-beradik.

Dia yang mula perang dengan kakak dia post kat media sosial, tapi suruh mak dia bertenang.

image is not available

Menurut warganet, ramai beranggapan bahawa isu ini semuanya bermula dari Syada sendiri dan tidak hairanlah jika dirinya yang terkena tangkisan itu semula. Oleh itu, ramai masih tertunggu-tunggu apakah ‘ending’ kepada isu sensasi ini.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Perangai Kelaut.." - Dah Dibayar Tapi Tak Buat 'Review', Syada Amzah Bagi Alasan Rumah Banjir