
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak beberapa bulan yang lalu, kisah membabitkan rumah tangga influencer, Cik Epal serta bekas suaminya, Jofliam sering menjadi perhatian ramai di media sosial.
Malah semalam (28 April) tular di media sosial apabila Cik Epal mendakwa isteri kepada bekas suaminya, Emira Delyati Dewi telah mencederakannya ketika dia berada di rumah pasangan terbabit untuk mengambil barangan peribadi.
Namun tular pula video, yang dikongsikan Dewi menyaksikan pergelutan antara kedua mereka dan dia mendakwa semua berpunca dari tindakan Cik Epal sendiri.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Sah Bercerai Dengan Dia Atas Izin-Nya” – Cik Epal Sahkan Sudah Berpisah Dengan Jofliam
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Buat Report Polis Terhadap Dewi, Dakwa Guna Beg Tangan Mewah Celine Buat ‘Giveaway’ Di IG
Da’i Wan minta Cik Epal & Jofliam berhenti bergaduh di media sosial
Susulan itu pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin telah meminta agar kedua-dua individu tersebut untuk berhenti daripada terus bergaduh di media sosial kerana tidak mahu mereka mencetuskan fitnah.
Malah dalam hantaran yang dikongsikan di X, Da’i Wan juga memohon maaf kepada kedua-dua mereka atas teguran yang dibuat.
“Minta maaf Cik Epal & Jofliam, saya rasa anda berdua dah boleh berhenti.
“Sudah-sudahlah. Tak habis-habis saling menyalahkan, saling bertegang urat dan sindir-menyindir.
“Tahukah kalian, kali berdua sedang mencipta gelombang fitnah rantaian dosa!” ujarnya dalam hantaran itu.
Minta maaf Cik Epal & En. Jofliam.
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) April 28, 2025
Saya rasa anda berdua dh blh berhenti.
Sudah2lah. Tak habis2 saling menyalahkan, saling bertegang urat, & sindir menyindir.
Tahukah kalian, kalian berdua sdg mencipta gelombang fitnah rantaian dosa!
Berhenti papar pergaduhan di Sosial Media!
Da’i Wan minta hal keluarga diselesaikan di belakang tabir
Manakala dalam satu lagi hantaran di Instagram, Da’i Wan juga meminta agar mereka menyelesaikan hal keluarga di belakang tabir.
“Jangan jadi punca fitnah, jangan jadi punca rantaian dosa yang akan buat anda berdua kesal di hari akhirat nanti. Tolong perkara ini perlu dihentikan. Saya cukup tak suka nak campur tangan hal rumah tangga orang, tapi saya melihat kalian berdua tidak tahu berhenti, melainkan autoriti kena turun dulu agaknya.
“Sudah, selesaikan di belakang, ingat pengaruh dari kalian akan menyebabkan kalian kesal nanti. Berundurlah dari media sosial seketika dan hiduplah di belakang media sosial pula. Jangan fitnah dunia, jangan jadi punca rantaian dosa. Berat tak tertanggung di hari akhirat nanti.
“Tolong, move on. Semoga Allah SWT menjaga mereka yang tahu menjaga silaturahim meskipun telah bergegar arasy Allah SWT. Tapi terkadang perceraian juga boleh menjadi jalan cerita indah,” katanya lagi.
Pergaduhan dan perasan benci hanya akan beri kekesalan di akhirat
Pendakwah itu juga meminta agar Cik Epal dan Jofliam tidak menyulami pergaduhan serta benci-membenci kerana kelak hanya akan memberi kekesalan kepada mereka di hari akhirat.
Malah dia berharap mereka membuka pintu kemaafan dan mengikuti jalan agama serta tidak mengikut rasa amarah, nafsu dan dendam yang tak berkesudahan.
“Meski jodoh tidak menakdirkan bersatu, tapi ikatan anak-anak telah tercipta dan tanggungjawab. Peganglah amanah dengan kasih dan sayang. Bukan dengan amarah, nafsu, dendam yang tak berkesudahan.
“Ciptalah jalan noktah untuk semua ini. Saya yang dalam bidang agama tak larat lagi tengok semua ini lalu di semua newfeed saya. Penat saya mendoakan tapi kalian masih tak sedar-sedar.”
Tambah Da’i Wan, kehadirannya adalah untuk menyedarkan mereka agar melihat semula dengan mata hati.
“Di mana dulu rasa sayang yang pernah ada, walau hari ini dibutakan hati dengan dendam dan amarah. Ketahuilah, syaitan sedang menghancurkan diri kalian tanpa sedar. Syaitan bertepuk tangan melihat hubungan kalian musnah kerana semua rasa jahat itu.
“Kembalilah, betulkan semula dan hentikan semua ini,” ujar pendakwah itu lagi.
Teguran Da’i Wan undang pelbagai reaksi orang ramai
Melihat di ruangan komen, teguran itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna X apabila ada segelintir yang bersetuju dengan apa dikatakan oleh pendakwah berkenaan.
Ada yang merasakan Cik Epal dan Jofliam perlu berhenti daripada terus memaparkan isu pergaduhan mereka di media sosial.
Namun ada juga yang berpendapat Da’i Wan sebaliknya perlu menasihatkan Jofliam atas hal yang berlaku.
“Fitnah? Jadi Da’i boleh lah pergi jumpa Jo (bekas suami Cik Epal). Suruh dia pulangkan semua apa yang dia nak. Cik Epal boleh cool dan calm down. Kalau lelaki tu bagi apa yang dia nak”

“Kau pergi sekolahkan si Samtot tu dulu. Jantan narsistik, pulangkan barang-barang bukan hak milik tapi pergi jual. Sebab apa?”

“Ramai masih tak sedar, hasutan syaitan di akhir zaman, terlalu taksud dengan manusia walau pada hakikatnya mereka tahu perbuatan orang itu salah disis agama Islam..”

“Saya setuju dengan pesanan ni. Semakin lama, semakin buruk keadaan mereka ni. Masalah peribadi ni selesaikan lah sendiri. Nak juga tayang di media sosial tanpa henti. Semoga ada tindakan dari pihak berkuasa untuk hentikan perbuatan mereka ini.”


![“Peniaga Contoh” – KPDN Melaka ‘Senyum Lebar’, Premis Milik Aunty Ini Patuh Garis Panduan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)
