Pelajar Cemerlang SPM Cari & Ajak Mak Cik Kantin Bergambar Lepas Dapat Result Raih Pujian [Video]

29 Apr 2025 • 4:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pastinya ramai yang tahu pada Khamis (24 April) lalu, keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan.

Dapat dilihat pelbagai ekspresi dan momen yang dikongsikan di media sosial. Ada yang sedih dan gembira dengan kejayaan yang dicapai.

Malah, kebanyakannya turut berkongsi momen kejayaan dengan insan tersayang khususnya ibu bapa dan guru tercinta yang secara tidak langsung terlibat dalam perjalanan tersebut.

Pelajar Cemerlang SPM Cari Mak Cik Kantin Lepas Dapat Result, Siap Ajak Bergambar Kenangan

Jika kebanyakan pelajar SPM lain akan mengabadikan momen kejayaan bersama ibu bapa, guru dan rakan, lain pula dengan seorang pelajar cemerlang ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sarakiroro, pengguna berkenaan berkongsi kisah seorang pelajar yang bernama Le Qian.

Jelas pengguna yang juga merupakan seorang guru itu, dia terkejut dengan sikap pelajarnya yang satu ini.

“Siapa sangka, antara ramai-ramai orang, dia lebih memilih untuk bergambar dengan makcik dan kakak kantin sekolah,” tulisnya di ruang kapsyen.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa anak muridnya itu terus pergi ke kantin sekolah hanya untuk berjumpa dengan mak cik kantin tersebut selepas mendapat keputusan peperiksaan.

Difahamkan pada ketika itu, dia sedang duduk di kantin berkenaan dan terkejut dengan perbuatan anak muridnya.

“Ini dipanggil sebagai penghargaan. Saya dikejutkan dengan perbuatan yang tidak pernah dijangka dari pelajar saya.

“Kami sedang duduk minum di kantin dan pelajar ini datang dan bertanya kepada mak cik kantin ‘Mak cik nak bergambar?’ kongsinya.

Pelajar Lebih Suka Pergi Kantin Berbanding Dewan Makan, Nak Jimat Masa Untuk Belajar

Kongsi guru berkenaan, kebanyakan pelajar lebih memilih makan tengahari di kantin berbanding dewan makan asrama.

“Sebab tak nak pergi dewan makan, sebab nak jimat masa nak study terus lepas tu.

“Ada yang juga kata sebab dekat dewan makan, makan ikan yang mana rata-rata pelajar tak sukalah kalau hari itu menu ikan,” kongsinya lagi.

Tambahnya lagi, perkongsian video itu hanyalah sekadar mahu orang ramai menghargai dan menghormati satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

“Kejayaan sebenar bukan diukur melalui apa yang dicapai tetapi bagaimana anda bawa diri,” tulisnya.

Malah, pengguna itu turut mengucapkan tahniah kepada pelajar berkenaan.

Difahamkan, pelajar itu memperolehi keputusan semua A dalam peperiksaan SPM yang lalu.

@sarakiroro

Just to inspire people to appreciate and respect each other 🫰#theacademy #akademisainspendang #spm2024 * typing error: APPRECIATION 🥴

♬ End of Beginning – Djo

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Sikap Baik Pelajar, Hargai Orang Tanpa Mengira Latar Belakang

Video yang telah mendapat lebih 536,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji keperibadian pelajar berkenaan yang dilihat begitu menghargai orang tanpa mengira latar belakang.

Malah, ada yang turut memuji ibu bapa pelajar berkenaan yang dilihat berjaya memberi didikan sempurna kepada anaknya itu.

Tidak hanya itu, ada segelintir pengguna yang turut berkongsi pengalaman sendiri berhadapan situasi pelajar menghargai mereka.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Jenis Humble Macam Ini Akan Lebih Success Satu Hari Nanti, Keep It Up Adik”

image is not available

“Le Qian, Tetaplah Berbuat Baik Pada Semua Manusia Tidak Kira Bangsa Apa Sekalipun”

image is not available

“Dia Berjaya Sebab Bijak & Beradab, Tahniah Le Qian”

image is not available

“Adab Itu Yang Mahal Tahniah! Parents Yang Hebat”

image is not available

“Sudah Tentu Dia Diasuh Dengan Sangat Baik Oleh Ibu Bapanya, Tahniah”

image is not available

Source: