"Dah Boleh Tanam Pokok Sendiri Kot Lepas Ni" - Cempedak 'Kayangan' Dijual RM2 Sebiji

22 Jun 2023 • 5:58 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Orang ramai meluahkan rasa terkejut apabila melihat harga cempedak goreng tidak masuk akal yang dijual seorang peniaga baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan kini, memaparkan gambar sebuah gerai yang menjual cempedak goreng dengan harga RM2 sebiji dan RM10 bagi lima biji.

Berdasarkan gambar itu, saiz cempedak goreng tersebut turut dipersoalkan kerana dilihat agak kecil dan tidak berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut selain tidak kurang juga yang turut berseloroh mengenai perkara berkenaan.

“Nasib baik lah dekat kebun memang ada tanam pokok cempedak dan menjadi. Tak perlu beli cempedak mahal ni,” komen Sarip dol.

“Eh, kenapa murah sangat ni. Lambat lah peniaga dan pergi haji, kalau jual murah macam tu,” seloroh Shamsudin Azmi.

“Harga kayangan, ‘tauke’ mesti pakai Vellfire, sebab tu harga sampai macam ni,” komen Hisham.

image is not available

image is not available

Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai sehingga mencecah 1,400 tanda suka, 769 komen dan 88 perkongsian di aplikasi Facebook.

Sumber: KOSMO! ONLINE