
Ramai yang sudah sedia maklum, hubungan cinta antara personaliti TikTok serta YouTuber Ubai dan penyanyi pop tempatan, Shila Amzah.
Sebelum ini pasangan ini pernah tular apabila mereka saling memanggil ‘sayang’ ketika membuat live di media sosial TikTok.
Mereka berdua mengakui sedang bercinta sejak akhir tahun lalu malah keluarga Shila turut merestui hubungan mereka walaupun ada jarak umur yang agak besar.
Terbaru, seorang pengguna TikTok @ha_cda berkongsi sebuah video yang memaparkan pasangan itu mesra berpegang tangan di sebuah tempat yang kelihatan seperti restoran layan diri yang terletak di Genting Highland, Pahang.
@ha_cda bahagianye kan tgk diaorang ni #shilaubai
“Dah halal ke?”
Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen dan ramai yang mempersoalkan sama ada mereka sudah bernikah atau belum.
Ramai juga netizen yang merasakan Shila dan Ubai seharusnya menjaga batasan, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.

Ada juga netizen yang merasakan kedua-dua mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kerana kedua-dua mereka mempunyai pengikut yang ramai.
Hmm, doa je lah yang terbaik buat mereka…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
