“Dah jatuh talak dah” – [VIDEO] Wanita Meraung Baca Mesej Suami Curang, Siap Mengaku ‘Single’

Entertainment
22 May 2023 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hati isteri manalah yang tak sakit apabila mengetahui suaminya itu curang, malah perit hati si isteri apabila dia membaca segala perbualan suaminya itu bersama wanita lain menerusi satu video yang tengah tular sekarang.

“Dah jatuh talak dah”

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang wanita yang didakwa si isteri sedang menggeledah telefon bimbit suaminya dan menunjukkan segala perbualan si suaminya itu, wanita itu membaca semula perbualan suaminya yang mengaku kononnya masih lagi solo.

Bahkan dia juga dikatakan menggunakan ayat-ayat godaaan terhadap wanita tersebut, malah dilihat wanita itu tidak dapat menahan keperitan hatinya sambil membaca semua mesej perbualan pasangannya itu sampai meraung sambil berkata jatuh talak.

Dalam masa 20 jam, video ini telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets dan rata-rata netizen tak boleh menahan rasa amarah mereka terhadap si suami itu saat mendengar rintihan si isteri yang menahan rasa sayu kerana telah disakiti.

Sakitnya sampai sini – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sedangkan orang bercinta bila tahu kena curang pun dah sakit, inikan pula bila dah berkahwin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.