Dah Kenapa Mengendap Macam Tu? ‘Individu Berbaju Merah’ Ni Kantoi Intai Dalam KFC. Scarynya!

28 Aug 2026 • 8:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bayangkan tengah syok makan ayam dekat KFC, tiba-tiba ada orang tengah perhatikan dari luar. Lagi pelik, bukan datang nak masuk dalam macam pelanggan biasa. Tapi sibuk menghendap. Hmm apa nak jadi ni?

Kalau korang nak tau, baru-baru ini, terdapat satu rakaman CCTV dari restoran KFC tersebar, memaparkan kelibat seorang individu berbaju merah dengan topi besar ala Mexico dilihat sedang berada di luar restoran tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Dah Kenapa Mengintai Macam Tu?

Image from: Dah Kenapa Mengendap Macam Tu? ‘Individu Berbaju Merah’ Ni Kantoi Intai Dalam KFC. Scarynya!

Dalam rakaman tersebut, individu berkenaan dilihat berada betul-betul di luar tingkap KFC sambil cuba mengintai keadaan di dalam restoran.

Masalahnya individu tu bukan jenguk sekali lepas tu jalan tau, cara dia macam sengaja nak perhatian orang yang tengah makan dalam restoran.

Lepas tu, bila orang perasan individu tu cepat-cepat nak rendahkan badan daripada pandangan.

Scary juga kalau tak tahu apa sebenarnya yang tengah berlaku. Tapi persoalannya, apa yang dia nak tengok sangat dekat dalam KFC tu?

Dekat Luar Restoran Pun Buat Hal Juga?

Image from: Dah Kenapa Mengendap Macam Tu? ‘Individu Berbaju Merah’ Ni Kantoi Intai Dalam KFC. Scarynya!

Ingatkan lepas mengintai dia terus pergi. Rupanya tak.

Rakaman daripada kamera luar restoran pula menunjukkan individu yang sama berada di sekitar kawasan luar KFC, malah siap berguling.

Bila perasan ada CCTV, barulah dia lari menyorok belakang lori KFC dekat situ.

Apa Sebenarnya Motif Buat Macam Ni?

Setakat rakaman yang kami tengok, memang tak banyak yang boleh jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Kita cuma tahu ada seorang individu berpakaian merah dengan topi besar, mengintai ke dalam KFC sebelum bergerak dalam keadaan mencurigakan di luar restoran.

Sama ada dia tengah mencari seseorang, mencari sesuatu atau ada sebab lain dia berada dekat situ, itu yang masih menjadi tanda tanya.

Apa pun, kalau korang tengah makan dan tiba-tiba nampak seseorang mengintai dari luar tingkap macam ni, mesti terkejut juga kan? Jadi sekarang kami cuma nak tahu satu benda.

Siapa dia dan apa sebenarnya yang dia cari dekat KFC?

Tengok rakaman penuh di bawah:

View this post on Instagram

A post shared by Oh! Media (@ohmedia)

The post Dah Kenapa Mengendap Macam Tu? ‘Individu Berbaju Merah’ Ni Kantoi Intai Dalam KFC. Scarynya! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved