“Sangatlah humble & polite” – Pemandu Grab Teruja Bila Tahu Penumpang Dibawa Rupanya Tokoh Arkitek Malaysia

LocalArchitecture
13 Aug 2026 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

hijjas kasturi pemandu grab

Sebagai pemandu e-hailing, memang macam-macam ragam dan latar belakang penumpang yang ditemui setiap hari. Ada kalanya akan dipertemukan dengan individu yang tidak disangka-sangka mempunyai latar belakang yang cukup mengagumkan.

Begitulah yang berlaku kepada seorang pemandu Grab ini ketika dia mengambil sepasang suami isteri di sebuah stesen KTM baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan oleh pemandu Grab berkenaan dalam satu hantaran di Threads @muhammadamirulzahari.

Menurut Amirul, dia tidak menyangka penumpang yang dibawa merupakan seorang tokoh terkemuka dalam bidang seni bina di Malaysia iaitu Hijjas Kasturi.

“Sebagai seorang pemandu Grab, aku memang tak tahu pun rupanya uncle ni legend dekat Malaysia,” katanya.

“Sangatlah humble & polite”

Berkongsi pengalaman tersebut, pasangan suami isteri itu difahamkan baru pulang daripada bercuti.

Biarpun penampilan mereka jelas mencerminkan status orang berada, sikap rendah diri yang ditunjukkan benar-benar menyentuh hatinya.

“Cara mereka berinteraksi sangatlah humble dan polite. Aku terpaksa parking jauh sebab tak ada parking. Mereka tak ada cakap apa, hanya minta maaf berkali kali dan ikut je aku ke kereta sambil sorong bagasi. Aku pun pelik patut aku yang minta maaf,” kongsinya.

 

View on Threads

 

Katanya, sepanjang perjalanan itu, kedua-dua mereka mengisi ruang dengan bersembang seperti biasa. Namun apa yang menarik perhatiannya adalah cara percakapan mereka yang disifatkan sebagai soft spoken.

Setibanya di lokasi, dia sempat bertanya sama ada tempat berkenaan merupakan sebuah resort kerana terpegun melihat kediaman yang begitu besar.

“Eh tak, this is our house,” jawab pasangan itu.

Jelas Amirul, pada ketika itulah baru dia menyedari bahawa penumpang yang dibawa bukanlah orang biasa.

“Bila drop off uncle tu siap tolong aku unload lagi beg mereka. Dah habis kerja, baru try Google, rupanya uncle tu adalah seorang arkitek yang sangat dihormati di Malaysia,” kongsinya.

Mengakhiri perkongsiannya, Amirul memohon maaf kerana tidak mengenali insan hebat itu lebih awal, di samping meluahkan rasa bangga atas pengalaman berharga tersebut.

“Maaf sebab tak kenal, tetapi saya sebagai driver sangat senang hati menerima pelanggan yang baik dan humble like you both meskipun kalau bukan somebody sekalipun… of course, it was an honour and a pleasure sebab aku dah bawa seorang tokoh arkitek yang telah memberi banyak sumbangan untuk negara,” ujarnya.

Sekadar info, Hijjas Kasturi merupakan pelopor dan Bapa Seni Bina Negara yang pernah merangkul pelbagai anugerah, termasuk Pingat Presiden oleh Lembaga Arkitek Malaysia (2023).

Antara karya ikonik sentuhan beliau termasuklah Menara Maybank, Menara Telekom (Menara Rebung), dan Kompleks Haji Sepang.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved