Dah Lama Simpan Impian Nak Jadi Idola? Uji Bakat YG Entertainment Dibuka Buat Rakyat Malaysia November Ini

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 10:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang dah lama simpan impian nak jadi idola tu, ini lah peluang untuk korang!

Terbaru, YG Entertainment telah mengumumkan uji bakat ‘2024 YG GLOBAL AUDITION’ yang akan berlangsung di Malaysia, pada 16 November ini.

Melihat poster yang dikongsi, uji bakat tersebut akan diadakan di Menara TSLAW, Kuala Lumpur dan terbuka buat mereka yang lahir pada tahun 2006 hingga 2013 sahaja.

Selain itu, mereka yang berminat juga boleh memilih untuk uji bakat dalam salah satu kategori, antara vokal, rap, tarian dan penampilan.

Dapatkan maklumat lanjut di SINI. Jangan lepaskan peluang tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.