Meski Satu Agensi, Ramai Sangsi BLACKPINK Langsung Tak Sokong Comeback 2NE1

LocalEntertainment
6 Oct 2024 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

YG Entertainment tidak dinafikan telah melahirkan banyak kumpulan idola wanita yang berbakat.

Baru-baru ini, 2NE1 telah kembali reunion untuk ulang tahun debut ke-15 mereka, menerusi konsert jelajah ‘Welcome Back’ yang bermula di Seoul.

Meskipun sudah lama tak aktif sebagai satu kumpulan, 4 ahli itu tetap memberikan persembahan dengan tenaga yang luar biasa, sambil menerima sokongan dan sorakan hangat dari peminat.

Selain itu di konsert tersebut, artis seperti IU, TREASURE, BABYMONSTER, TWICE, aespa, IVE, Zico dan ramai lagi telah menghantar video mesej mengucapkan tahniah kepada 2NE1 atas comeback mereka.

Namun, ramai yang tertanya-tanya sebab BLACKPINK terkecuali dalam memberikan ucapan bahkan, tiada seorang pun ahli yang dilihat menghadiri konsert tersebut.

Bagaimanapun, ada juga yang menjelaskan bahawa kesemua ahli BLACKPINK sedang sibuk dengan aktiviti solo mereka kini dan mungkin sukar buat mereka untuk hadir memberi sokongan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.