Jisoo BLACKPINK Jadi Duta, Self-Portrait Jana Lebih Puluhan Juta Dalam Masa 48 Jam

18 Mar 2024 • 3:36 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Self-Portrait telah mengumumkan kempen kolaborasi bersama Ji-soo BLACKPINK buat koleksi musim bunga-musim panas mereka.

Ji-soo juga telah mencipta sejarah selepas menjadi penyanyi atau pemuzik pertama yang bekerjasama dengan jenama yang secara tradisinya sering bekerja dengan model terkenal seperti Bella Hadid dan Gigi Hadid.

Tidak berhenti di situ, Ji-soo sekali lagi telah mencapai pencapaian luar biasa yang sekali gus telah membuktikan pengaruh globalnya.

Di mana, selepas 48 jam jenama itu mengumumkan kerjasama mereka bersama dengan ahli BLACKPINK itu, Self-Potrait telah memperoleh lebih RM12.74 juta dalam nilai impak media (MIV).

Malah, mereka turut menjana lebih RM2.7 juta hanya dengan membuat hantaran gambar Ji-soo di Instagram rasmi mereka.

Selain itu, kempen kolaborasi diantara Ji-soo dan Self-Potrait juga turut mendapat sambutan yang luar biasa sehingga kempen itu disiarkan di papan pengiklanan besar di beberapa negara utama, dan menjadi tempat tarikan untuk orang ramai bergambar.

Terbaiklah Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.