“Dah macam cubaan membun*h” – Netizen Seriau Lihat Pemandu Bawa Laju, Hampir Rempuh Pejalan Kaki

Entertainment
24 Sep 2025 • 10:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah rakaman dashcam tular di TikTok memaparkan detik cemas seorang pejalan kaki yang hampir dirempuh sebuah kereta yang dipandu sangat laju.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Bezza meluncur deras dan tidak memperlahankan kenderaannya meskipun lampu isyarat merah.

Seorang pejalan kaki pada ketika itu sedang melintas, dia kemudiannya terpaksa mengelak pada saat akhir untuk selamatkan diri. Dapat dilihat juga sebuah objek yang dipegang pejalan kaki itu tercampak ke atas jalan.

@wanalifasyraf_

Ni bukan langgar lampu merah je, dah macam cubaan membunuh

♬ original sound – Wan Alif Asyraf – Wan Alif Asyraf

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @wanalifasyraf_ itu, difahamkan kejadian itu berlaku di jalan sebelah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa seram mereka melihat rakaman tersebut malah ramai juga berharap agar pemandu kenderaan tersebut ditangkap serta-merta kerana memandu secara bahaya.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencecah 960k tontonan serta lebih 2k komen, bagaimanapun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa mahupun pemandu tersebut.

 

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.