“Dah Maklumkan Pada PDRM & SKMM,” Fahmi Fadzil Dedah Dimasukkan Dalam “Group Scam”

25 Dec 2022 • 3:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Dah Maklumkan Pada PDRM & SKMM,” Fahmi Fadzil Dedah Dimasukkan Dalam “Group Scam”

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp scam hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi miliknya, Fahmi berkata beliau telah dikeluarkan dari kumpulan itu apabila memaklumkan kepada scammer tersebut bahawa kegiatan mereka itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp Scam. Bila saya kata dah alert Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya kena kick,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi juga turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian 997 jika menjadi mangsa scam.

Untuk pengetahuan, talian 997 merupakan talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang merupakan usahasama antara PDRM, Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan, Bank Negara Malaysia, SKMM dan bank tempatan.

Ketika menghubungi talian itu, mangsa perlu memberikan beberapa maklumat berkaitan insiden penipuan yang dialami. Ia termasuk maklumat transaksi dan komunikasi dengan suspek.

image is not available

Sementara itu, pendedahan Fahmi tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata dari mereka mengharapkan agar kegiatan tersebut dapat dibanteras dengan sebaiknya.

Sumber: Fahmi Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved