Dah putus ke? Tiada gambar bersama, netizen persoal status Ameera Khan ‘unfollow’ Jefri Nichol

EntertainmentLifestyle
3 Apr 2025 • 5:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kembali menjadi perhatian, netizen persoal status Ameera Khan dengan pelakon dan model terkenal Indonesia, Jefri Nichol selepas pempengaruh sensasi itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram (IG).

Lebih menguatkan perkara tersebut apabila kesemua gambar bersama individu terbabit tidak lagi kelihatan dalam kemas kini suapan IG adik kepada selebriti popular, Neelofa itu.

image is not available

Bagaimanapun, menjengah Instagram Jefri, gambar-gambar mesra bersama Ameera masih lagi kelihatan.

Malah, jejaka berdarah Minangkabau itu dilihat masih mengikuti akaun IG Ameera.

image is not available

image is not available

Netizen persoal status Ameera Khan

Meninjau di ruangan komen, ada netizen terutama dalam kalangan peminat pasangan merpati dua sejoli itu melahirkan kebimbangan bahawa hubungan mereka mungkin sudah berakhir.

Tidak kurang juga ada juga yang merasa lega apabila Ameera akhirnya tidak lagi menjalin cinta dengan pelakon filem Ali Topan itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini,Ameera pernah bercinta dengan Jefri, namun hubungan mereka putus sekitar Oktober 2021 selepas tidak lagi saling mengikuti di IG.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, cinta mereka kembali bersemi dan semakin terbuka berkongsi momen romantis di media sosial.

Hubungan mereka semakin menjadi hangat selepas Jefri mencacah tatu ‘AK’ pada jari manisnya, dan Ameera turut berkongsi panggilan WhatsApp lebih 12 jam bersama kekasihnya itu.

image is not available

Bukan itu sahaja,turut dikongsikan video memaparkan Jefri mencium pipi wanita itu disaat dia berada di atas pangkuan pahanya.