
Telur RM5.99 di Semenanjung, tapi kenapa harga kayangan di Sarawak?
Harga Telur Gred C Di Semenanjung Lebih Murah, Netizen Persoal Kenapa Telur Mahal Di Sarawak. Baru-baru ini, tular satu gambar yang menunjukkan harga telur di sebuah pasaraya di Semenanjung Malaysia. Apa yang mencuri perhatian ramai ialah harga promosi bagi satu tray telur gred C (30 biji) hanya RM5.99.
Namun, bagi warga Sarawak, gambar ini seolah-olah menyentuh satu isu yang sudah lama membelenggu mereka — perbezaan harga barang keperluan asas antara Semenanjung dan Borneo yang sangat ketara.

“Harga telur di Semenanjung, murahnya. Kenapa di Sarawak hampir 4 kali ganda mahal hmm?,” ujar individu yang memuat naik gambar tersebut di laman Facebook.
Harga telur di Sabah dan Sarawak boleh cecah RM20 ke atas
Menurut beberapa pengguna media sosial, harga telur di Sabah dan Sarawak kini mencecah antara RM12 hingga RM15 untuk satu tray, bergantung pada kawasan dan pasar.
Dalam pada itu, menurut sumber, sebelum ini Sabah harga telur Sabah pernah mencecah harga RM20 ke atas.
Walaupun perbezaan ini bukan perkara baharu, namun ramai netizen dari Borneo meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan mengapa isu ini masih belum diselesaikan.
“Ayam Sarawak kelas A, ada Master?”
Antara komen yang mencuit hati tetapi penuh sindiran ialah:
“Ayam di Sarawak ada diploma, ijazah, master dan dieksport guna postage tinggi… kita Borneo ayam kelas A.”
Ada juga yang menyatakan bahawa permintaan telur di Sarawak memang tinggi kerana ia merupakan bahan penting dalam masakan harian, termasuk untuk membuat kek lapis yang terkenal di sana.
“Orang Sarawak kuat makan telur. Kuat molah kek lapis Sarawak. Telur sik cukup. Sbb ya mahal. Kita Sarawak sik kesah mahal kah murahkah, beli jak. Malas nak melapor kepada pihak berkuasa. Malas gago. Hahaha. Katoku jak tek.”
Tiada pilihan, tetap perlu beli
Ramai juga netizen menyuarakan bahawa walaupun harga telur mahal, mereka tiada pilihan selain terus membeli kerana ia adalah bahan asas dapur.
“Kita di Sarawak, harga mahal macam mana pun… mampu beli sebab tiada pilihan. Bukan macam di Semenanjung. Kalau kena harga macam di Sarawak, orang sana mana mampu beli.”

Faktor logistik dan bekalan tempatan jadi punca?
Antara faktor utama yang sering disebut ialah kos logistik yang tinggi untuk penghantaran barang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, selain kekurangan pengeluar telur tempatan di Borneo.
Isu harga barang yang tidak seimbang ini bukan sahaja membebankan rakyat, malah menimbulkan persoalan keadilan dalam agihan sumber dan dasar negara.
Pernah alami perbezaan harga yang melampau antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak? Kongsikan pandangan anda.
Baca juga artikel yang berkaitan:



