[VIDEO] Air mata jejaka Tumpat tewaskan 25 peserta pertandingan menangis

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Penganjur pertandingan menangis di Ekspo Kelantan Event yang tular di laman sosial mendedahkan ia bukan kali pertama dianjurkan sebaliknya sudah memasuki siri keempat.

image is not available
Antara peserta yang menyertai pertandingan menangis di Ekspo Kelantan Event baru-baru ini.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Penganjur pertandingan menangis di Ekspo Kelantan Event yang tular di laman sosial ketika ini mendedahkan program itu bukan kali pertama dianjurkan sebaliknya sudah memasuki siri keempat.

Pengurusnya, Muhamad Nur Amin Che Nor Asri berkata, sebelum ini ia sudah dianjurkan di Rhu Rehlah Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pantai Irama Bachok.

**media[2995383]**

"Saya tidak menyangka video kali ini tular selepas dimuat naik melalui laman sosial dan mendapat tontonan hampir mencecah 1 juta.

"Sebelum ini saya pernah muat naik video pertandingan itu, namun tidak tular macam sekarang ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, kira-kira 25 peserta menyertai pertandingan tersebut yang bermula secara saringan di mana hanya empat sahaja yang layak ke pentas akhir.

**media[2995382]**

"Pertandingan tersebut dimenangi oleh peserta lelaki dari Wakaf Bharu, Tumpat yang berjaya membawa pulang RM500.

"Tempat kedua RM300 dan ketiga RM100. Selain itu saya turut memberikan hadiah saguhati kepada mereka yang menyertai pertandingan," katanya.

Ujar beliau, langkah tersebut merupakan salah satu cara menghangatkan suasana ekspo selain menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada acara anjuran pihaknya.

Muhamad Nur Amin berkata, sekiranya mendapat respon positif dia berhasrat meneruskan pertandingan tersebut pada masa akan datang.