“Seronok Bila Tahu Dia..” – Lee Minho Akui Peminat Rosé BP

WorldEntertainment
20 Aug 2024 • 10:45 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Lee Min-ho telah terlibat dalam satu temu bual khas untuk musim kedua drama “Pachinko”.

Ketika sesi temu bual, Lee Min-ho turut ditanya reaksinya selepas mendengar nyanyian Rosé BP untuk lagu “Viva La Vida” dalam drama tersebut. Jawab lelaki itu,

Rosé adalah penyanyi dengan suara yang saya sangat suka dan bila saya tahu dia akan nyanyikan lagu ‘Viva La Vida’ untuk ‘Pachinko’, saya seronok.

Sambungnya lagi,

Nada dan nyanyiannya sangat menambah emosi pada trailer drama ini. Sebagai seorang peminat, saya sangat seronok mendengarnya.

Bagi yang belum tahu, Rosé telah menyanyikan semula lagu “Viva La Vida” nyanyian asal oleh Coldplay, yang dimainkan dalam trailer untuk “Pachinko 2”.

Nantikan tayangannya bermula pada 23 Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.