
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebanyakan stesen petrol yang ada di negara ini bukan hanya sekadar tempat mengisi minyak kenderaan, malah terdapat banyak kemudahan lain seperti tandas, surau, kedai dan sebagainya.
Jadi tidak hairan lah jika ada pemandu atau penunggang motosikal yang berehat seketika selepas mengisi minyak.
Bagaimanapun, tindakan segelintir individu yang tidak mahu mengalihkan kenderaan daripada terminal pam kerana ingin menyelesaikan urusan lain selepas mengisi minyak pasti akan menyusahkan pelanggan lain yang harus menunggu.
Tular lelaki sengaja buang masa parking kereta di terminal pam minyak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang individu mengenai seorang pemandu lelaki yang sengaja membuang masa memarkir kenderaannya di terminal pam minyak selepas mengisi petrol jenis RON95.
Menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@zaquann17), kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, Selangor.
Individu berkenaan dipercayai menunggu giliran di belakang kereta jenis Perodua Bezza milik lelaki itu meskipun terminal pam di sebelah kosong memandangkan kedudukan tangki minyaknya di sebelah kiri.
Tahu pelanggan lain menunggu, tapi sengaja tak alih kereta
Dalam video terbabit, jelas kelihatan pemandu berkenaan sedar bahawa terdapat pelanggan lain yang ingin mengisi minyak menunggunya.
Namun, dia seolah-olah sengaja melengahkan masa dengan pergi ke kaunter, membuang sampah dan lebih teruk lagi mengunci semula keretanya sebelum berlalu pergi.
Malah, dia juga tidak mengendahkan teguran hon yang diberikan oleh pelanggan berkenaan yang memintanya agar segera mengalihkan kereta.
“Dah isi gerak lah, kau nak ulang alik ulang alik alihkan lah kereta dulu,” tulis di kapsyen.
@zaquann17 Dah isi minyak gerak lah kau nak ulang alik ulang alik alihkan lah kete dulu baru4 #dashcam #stupid #driving ♬ original sound – Aiman Salim Fans
Tonton video di [SINI]
Netizen kecam tindakan lelaki sengaja buang masa di terminal pam
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dilihat mereka sengaja membuang masa di terminal pam minyak.
Malah, ada yang mendakwa bahawa lelaki itu sengaja melakukan provokasi kerana tidak berpuas hati dihon pemandu itu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama dilalui oleh mereka ketika berhadapan dengan pemandu-pemandu seperti ini.
“Tu bukan manusia bro”

“Pernah kena macam ni, dia dah isi minyak boleh masuk dalam shopping”

“Dia ingat stesen minyak moyang dia ke?”

“Dia (macam) saja provok je tu”




![Ramai Puji Lelaki Terus Tekan Butang ‘Emergency’ Lepas Nampak Kereta Singapura Isi RON95 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)