Masih Ramai Yang Tidak Tahu, Minyak RON95 Tidak Boleh Dibeli Kenderaan Nombor Plat Asing

LocalCars
3 Oct 2025 • 5:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Pada 30 September yang lalu rakyat Malaysia yang layak sudah mula menikmati minyak subsidi bersasar RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Inisiatif itu adalah menerusi Program Subsidi Bersasar RON95 atau turut dikenali sebagai BUDI95. Untuk menikmati subsidi ini, individu berkenaan perlulah mempunyai lesen memandu yang sah serta melakukan verifikasi MyKad sewaktu membuat pembelian minyak RON95.

Meskipun mekanisme ini sudah digunakan dan harga RON95 kini sudah diapungkan untuk golongan yang tidak layak menerima subsidi namun ada yang keliru adakah petrol ini boleh dibeli oleh nombor pendaftaran asing?

Ini selepas penularan beberapa video memperlihatkan kenderaan nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak RON95 atau lebih dikenali dengan ‘minyak kuning’. Ada yang merasakan ia bukan lagi isu kerana harga tersebut tidak lagi bersubsidi seperti sebelum ini.

Malah ada juga berpendapat tidak mengapa jika nombor plat asing ingin mengisi minyak RON95 tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Nombor pendaftaran asing masih dilarang beli RON95, hanya dibernarkan isi RON97

Namun sebenarnya pelaksanaan BUDI95 ini tidak mengubah sebarang larangan terdahulu.

Pada 23 September lalu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah memaklumkan nombor plat kenderaan asing dilarang membeli minyak RON95.

Menurut beliau, penjualan minyak RON97 masih diteruskan seperti biasa dan ia kekal sebagai bahan api utama yang boleh dibeli oleh kenderaan nombor pendaftaran asing.

Manakala warga asing yang menetap di Malaysia dan memakai kenderaan nombor pendaftaran negara ini boleh membeli RON95 pada harga pasaran yang ditetapkan pada hujung bulan September.

BUDI95 hanyar boleh digunakan warganegara berusia 16 tahun ke atas & memiliki lesen memandu sah

Katanya lagi, pelaksanaan BUDI95 tersebut hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas selain perlu memiliki lesen memandu yang sah untuk melayakkan mereka menikmati RON95 pada harga subsidi berkenaan.

“Kenderaan berdaftar asing (tidak kiralah) dari Thailand, Indonesia atau Singapura tidak dibenarkan membeli RON95. Mereka hanya boleh beli RON97 seperti mana ketetapan peraturan sedia ada. RON97 memang diapungkan secara bebas.

“(Namun) warga asing bermastautin di Malaysia dan membawa kereta nombor pendaftaran Malaysia boleh membeli RON95 pada harga pasaran yang akan ditentukan pada hujung bulan,” ujarnya, lapor Bernama.

Kenderaan asing hanya boleh isi RON97, stesen minyak boleh dikenakan tindakan jika jual RON95

Beliau turut menjelaskan tiada masalah kekurangan logistik mahupun bekalan RON95 kerana nombor pendaftaran asing hanya dibenarkan membeli RON97.

Malah mana-mana stesen minyak yang bertindak menjual RON95 kepada nombor pendaftaran asing turut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sekitar tahun lalu, seorang pemilik stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual petrol RON95.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Naziruddin selaku pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel gagal mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari Thailand.

Source: