Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan apabila ketumbuhan cyst yang dihidapinya kembali menyerang buat kali kedua dalam tempoh hanya dua bulan.
Menurut Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, dia kini bimbang melihat keadaan ibunya apabila ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga menyukarkan pergerakan.
View this post on Instagram
Aqish mengakui keadaan itu membuatkan dirinya berasa sunyi dan berharap mereka yang pernah melalui pengalaman sama dapat berkongsi pandangan serta tip untuk berdepan situasi tersebut.
“Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak.
“Ni dah sakit semula. Sunyi balik bila balik rumah.”
Dalam pada itu, Aqish turut mendedahkan ibunya mengalami gangguan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) kira-kira seminggu sebelum diserang cyst.
Pada masa sama, pelakon berusia 19 tahun itu turut meluahkan rasa syukur atas pengorbanan bapa tirinya yang tidak pernah lelah menjaga serta menguruskan ibunya sepanjang berdepan ujian kesihatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fikry Ibrahim, Isteri Tidak Lagi Saling Ikut Di Instagram, Undang Spekulasi Hubungan Retak?
The post “Dah Tak Boleh Jalan Langsung” – Puteri Balqis Kongsi Keadaan Terkini Ibu, Diserang Cyst Kali Kedua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






