“Dah takde baru nak call” – Yusof Haslam Komen Isu Gosip Anak, Sebak Menunggu Kepulangan Syamsul

Entertainment
30 Oct 2023 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak lama dulu, hangat diperkatakan mengenai gosip pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang didakwa sudah mempunyai kekasih baharu meskipun baru mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.

Walaupun belum diketahui kesahihan perkara berkenaan, rancangan hiburan terkenal, Melodi telah bertanyakan hal tersebut kepada bapa Syamsul, Yusof Haslam.

Yusof Haslam tak tahu menahu isu Syamsul ada kekasih baharu

Menerusi perkongsian TikTok Melodi, Yusof memaklumkan bahawa agak terkejut mendengar gosip yang mengaitkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan wanita.

Menurutnya, dia tidak tahu menahu mengenai hubungan anaknya dengan wanita tersebut dan perkara tersebut adalah di luar pengetahuan Yusof dan isterinya.

Saya rasa mungkin tidak. Saya rasa mungkin masa dia beli kereta dulu, jadi dia kenal dengan tauke itu dan dia ada anak perempuan.

Tapi saya tengok, gambar lama rasanya tu. Tapi kalau gambar itu benar atau tidak, saya tidak boleh menjawab. Yang boleh menjawabnya, dialah (Syamsul),” kata Yusof.

Malah Yusof juga menjelaskan tindakan isterinya memberi ‘like’ kepada posting wanita berkenaan yang menurutnya, ia bukan bermakna isterinya memberi restu tetapi hanya sebagai tanda dia melihat perkara tersebut.

image is not available

Usia dah jangkau 70 tahun, sebak tunggu anak pulang

Dalam pada itu, Yusof juga meluahkan rasa terkilannya kepada Syamsul Yusof yang dikatakan sudah lama tidak melawat dan menjejakkan kaki ke rumah mereka.

Menurutnya, dia dan isteri sudah lama reda dan tidak menyimpan rasa tidak senang hati kepada anak mereka.

Malah dia juga sedih kerana mengenangkan usia mereka yang bakal menjangkau 70 tahun tidak lama lagi dengan ramai rakan-rakan yang seusia nereka sudah ‘pergi’.

image is not available

Terserah pada Syamsul kalau dia nak balik jumpa mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik, terserah. Tepuk dada tanya selera.

“Kami dah menjangkau 70-an pada tahun depan. Kita tak tahu bila masa kita akan pergi. Ramai kawan-kawan seperjuangan saya yang telah pergi.

“Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapak kau dah tak ada, baru kau nak cari mak bapak kau. Dan jangan menganggap apa sahaja yang bapak dan mama luahkan itu, sebagai kita nak merendah-rendahkan kamu,” katanya.

Dalam nada sebak, Yusof juga mengakui dia sangat merindui akan anaknya dan tiada istilah yang mengatakan dia membenci anaknya.

Kita reda dengan apa yang berlaku. Saya doakan yang baik untuk anak saya,” katanya lagi.

Kita doakanlah yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.