“Dah takde mainan lain ke?”- Tindakan Bapa Ajar Anak Kecil Tunggang Motosikal Dikecam Netizen

Entertainment
3 Jul 2022 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lumrah kanak-kanak, mereka ni memang suka bermain. Namun, selaku ibu bapa, kita kena sentiasa awasi mereka walaupun di rumah sendiri supaya tak berlaku kemalangan atau kecelakaan.

Sebab kadang-kadang budak-budak ni nakal kan. Namun, seorang lelaki ini pula telah dikecam netizen gara-gara tindakannya yang mengajar dan membenarkan seorang kanak-kanak yang dipercayai ialah anaknya menunggang motosikal.

Memetik laporan Viva.co.id, video kanak-kanak itu sedang menunggang motosikal telah dikongsikan menerusi Instagram beritaindonesia_ beberapa hari lepas.

Dapat dilihat dalam video yang dipercayai berasal di Indonesia itu bahawa budak tersebut menunggang motosikal di sebuah kawasan padang di mana ada beberapa orang lain yang turut berada di situ.

image is not available

Kanak-kanak itu dipercayai berusia sekitar lima tahun dan aktivitinya menunggang motor telah dirakam oleh seseorang yang dipercayai merupakan penjaga atau ayah kepadanya.

image is not available

Apa yang merisaukan ramai netizen ialah kaki budak tersebut tak jejak tanah kerana dia belum cukup ketinggian.

Selain itu, ada juga netizen lain yang menasihati ibu bapa kanak-kanak itu agar menghentikan tindakan itu sebelum berlaku sesuatu yang boleh mencederakannya.

image is not available

Walaupun kapsyen video itu ada menjelaskan bahawa anak kecil belajar naik motor di bawah pengawasan orang tuanya, namun ia tak sepatutnya berlaku sebab kanak-kanak itu juga masih kecil dan tiada keperluan untuk dirinya belajar bawa motosikal.

Daripada ajar naik motor ni, baik ajar kayuh basikal je. Nanti dah besar nanti, baru lah belajar tunggang motosikal pulak. Kena ikut kesesuaian umur la kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.