Dah termakan! Ibu hamil kecewa, stesen minyak jual makanan berkulat

LocalFood
9 Aug 2024 • 11:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila nyawa ibu hamil hampir ‘melayang’ disebabkan sebuah kafe di stesen minyak menjual makanan berkulat.

Menerusi hantaran tular dimuat naik pengguna X dikenali Samara, individu tersebut menggesa stesen minyak berkenaan melakukan pemeriksaan makanan sebelum menjual kepada orang ramai.

image is not available

Stesen minyak jual makanan berkulat kepada pelanggan

Menurut individu berkenaan, seorang ibu hamil telah makan makanan yang dijual di kafe berkenaan sebelum mengetahui ia sebenarnya kulat.

Maklumnya, dia telah menghubungi pihak pengurusan bagi membuat laporan berhubung makanan berkulat itu. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sebarang reaksi positif.

“Seorang wanita hamil baru sahaja makan pastri ayam dan keju yang sudah berkulat dari kafe anda (stesen minyak).
“Keracunan makanan boleh menyebabkan kematian. Saya telah cuba menghubungi pihak pengurusan melalui DM di Instagram, Twitter dan juga emel, tetapi tiada balasan,”katanya.

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, individu berkenaan memaklumkan wanita hamil itu sempat makan pastri tersebut selepas menyedari ‘rasa pelik’ makanan itu.

image is not available

Meninjau di ruang komen, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka dan menyuruh individu itu membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia, selain saman stesen minyak berkenaan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: X Samara