Pengguna Luah Rasa Kecewa Stesen Minyak Jual Makanan Berkulat

9 Aug 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang didakwa dibeli di sebuah stesen minyak didapati sudah berkulat. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, individu tersebut menggesa supaya pengurusan stesen minyak berkenaan melakukan pemeriksaan makanan sebelum menjualnya kepada orang ramai. 

“Saya menggesa pihak pengurusan untuk memeriksa semua SOP kafe tersebut dalam pengendalian makanan. Seorang wanita sedang mengandung baru sahaja memakan pastri ayam dan keju yang sudah rosak dari kafe anda.

“Keracunan makanan boleh menyebabkan kematian. Saya telah cuba menghubungi pihak pengurusan melalui DM di IG/Twitter dan juga melalui e-mel, tetapi tiada balasan”, katanya


image is not available

Netizen kecewa

Meninjau di ruang komen, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka dan menyuruh individu itu membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia. 

“Laporkan kepada pejabat kesihatan terdekat, unit keselamatan dan kualiti makanan”.

“Saman je”. 


“Ya Allah teruknya… nasib baik tak sempat makan”. 


Selain itu, ada juga yang menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
image is not available