Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan dia dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz masih berstatus suami isteri yang sah, namun kini dalam proses untuk memfailkan perceraian.
Menurut Julia, 32, mereka sudah hampir setahun berpisah dan tidak lagi tinggal bersama. Malah, pasangan itu juga dikatakan sudah tujuh bulan tidak bertemu.
View this post on Instagram
Julia berkata, proses memfailkan perceraian masih belum selesai berikutan terdapat beberapa urusan dokumentasi yang perlu diselesaikan selain jadual kerjanya yang semakin sibuk dengan penggambaran.
“Saya dah tak jumpa dia selama tujuh bulan. Tapi saya dah berpisah dengan dia dah hampir setahun. Saya akan memfailkan perceraian. Masih dalam proses sebab urusan surat-menyurat banyak dan saya pula tiba-tiba sibuk berlakon. Tapi status kami masih suami isteri.
“Saya cuma harap sangat benda ni akan selesai secepat mungkin sebab tak nak menimbulkan salah faham untuk diri saya dan untuk orang itu juga. Saya juga berharap dia akan bagi kerjasama yang baik supaya saya boleh teruskan hidup,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Julia memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenai masalah yang berlaku dalam rumah tangganya.
Katanya, perkahwinan melibatkan dua individu dan dia merasakan adalah tidak adil sekiranya hanya dirinya berkongsi mengenai apa yang berlaku.
“Sesuatu telah berlaku dalam kehidupan peribadi saya, yang saya rasa tak adil untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi ia mengenai perkahwinan saya dan saya rasa semua orang tahu setakat ini yang saya sedang melalui sesuatu dalam perkahwinan.
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Harap Sis Kembali Ke Pangkal Jalan" - Swafoto Julia Farhana Pakai Tuala Separuh Badan Undang Perhatian Netizen
The post “Dah Tujuh Bulan Tak Jumpa” – Julia Farhana Maklum Dalam Proses Cerai Dengan Che Hafiz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






