“Kami akan bercerai, keputusan muktamad!”- Julia Farhana harap suami beri kerjasama, dah 7 bulan tak jumpa

LocalEntertainment
13 Aug 2026 • 7:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Julia Farhana Marin, 32, mengesahkan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Julia berkata, mereka sudah tujuh bulan tidak bertemu dan keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.

“Sebenarnya, saya sudah tujuh bulan tidak bertemu dengan selepas hampir setahun berpisah. Saya akan memfailkan perceraian kami.
“Perpisahan ini adalah keputusan bersama dan hubungan kami profesional dengan membawa haluan masing-masing.
“Secara teknikal, dia masih lagi suami saya. Status kami sekarang suami isteri sebab lafaz cerai belum sah, masih menunggu tarikh prosiding mahkamah sebab memerlukan banyak dokumen berkaitan,” katanya, hari ini.

Image from: “Kami akan bercerai, keputusan muktamad!”- Julia Farhana harap suami beri kerjasama, dah 7 bulan tak jumpa

Julia berkata, dia berharap segala urusan perceraian dapat diselesaikan segera supaya masing masing boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Kami akan bercerai dan itu adalah adalah keputusan muktamad, harap dia akan bagi kerjasama yang baik supaya saya juga boleh teruskan hidup.
“Sampai sekarang keluarga saya masih tidak tahu mengenai isu ini, mereka hanya dengar khabar angin dan membaca dari media sosial.
“Saya masih belum bercakap dengan mereka sebab sudah lama tak jumpa. Jadi, saya lalui semuanya seorang diri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Julia belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai punca kemelut rumah tangganya kerana bimbang ia membawa kepada masalah atau pertikaian.

“Saya rasa semua orang sudah tahu bahawa pada ketika ini sedang melalui ‘sesuatu’ dalam rumah tangga saya.
“Saya tetap dengan pendirian untuk tak nak cerita apa-apa sebab bimbang boleh membawa kepada masalah atau pertikaian,” jelasnya.

Image from: “Kami akan bercerai, keputusan muktamad!”- Julia Farhana harap suami beri kerjasama, dah 7 bulan tak jumpa

Menurut Julia, kemelut itu sebenarnya sudah berlaku sejak tahun lalu, namun dia mengambil masa yang lama untuk memikirkan dan membuat keputusan.

Tambahnya, keputusan untuk bercerai bukanlah sesuatu yang mudah dan dia kini masih dalam proses mencari ketenangan dalam hidup.

“Perkara ini bukan sesuatu yang kita boleh buat keputusan dalam sehari ataupun seminggu.
“Sekarang saya masih lagi dalam proses ‘healing’ sebab masih terkejut tapi insya-Allah saya okey.
“Ini semua takdir Tuhan, kalau sudah tidak ada jodoh, tiada yang mampu saya lakukan,” tuturnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Julia dan Che Hafiz menjadi perhatian apabila kedua-duanya memadam foto bersama selain tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Image from: “Kami akan bercerai, keputusan muktamad!”- Julia Farhana harap suami beri kerjasama, dah 7 bulan tak jumpa

Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved