
Sebagai individu yang menetap di negara Islam yang berpandukan dengan pegangan Mazhab Syafie, adalah satu larangan jika umat Islam memegang anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
Jadi, sudah semestinya ia akan menjadi satu masalah besar jika melihat seseorang itu memegang anjing, apatah lagi jika seorang itu pekerja di kedai makan.
Artikel berkaitan : Kedai Mamak Jadi Riuh, Peminat Bola Sepak Raikan Kemenangan Spain Jadi Tular
Artikel berkaitan : Sambut Hari Lahir Di Kedai Mamak Pukul 3 Pagi, Ramai Pelanggan Nyanyi Lagu Hari Jadi
Berdasarkan satu video yang kini sedang tular di TikTok dan meraih hampir 600K jumlah tontonan dalam masa sehari, ia memperlihatkan seorang lelaki sedang lepak di sebuah kedai mamak.
Selepas dia menerima makanan, dia merakam perbuatan seorang pekerja mamak sedang asyik bermain dengan seekor anjing. Apa yang membuatkan lelaki ini terkedu, apabila pekerja tersebut adalah individu yang menghantar makanan kepadanya.
Ramai netizen yang mendakwa tahu lokasi kedai mamak tersebut jadi kembang tekak apabila melihat video ini, kerana bagi mereka ia adalah kedai kegemarannya dan makanan yang disajikan agak enak.

Mudah-mudahan mamak tempat lain tak de la ek jadi macam ni. Tiba-tiba jadi paranoid pula.
Sumber : TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


