“Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

2 Oct 2026 • 5:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

Bukan sahaja terkenal dengan kehebatannya dalam Grand Prix (GP), pemandu Mercedes-AMG Petronas, George Russell, turut mencuri perhatian menerusi gelagat lucunya di KLCC.

Russell membuat kemunculan khas di Plaza Petronas, KLCC bersama rakan sepasukannya, Kimi Antonelli, sebelum kedua-duanya mencuit hati peminat.

Menerusi hantaran di TikTok rasmi Mercedes-AMG F1, Russell dan Antonelli kelihatan berada di dalam Menara Berkembar Petronas.

George Russell Borak Kacip Buat Ramai Terhibur

Dalam video tersebut, kedua-dua pelumba berkenaan berpura-pura terkejut selepas ternampak papan iklan F1 yang memaparkan wajah mereka.

Russell kemudian berseloroh mengenai keadaan itu sambil mempersoalkan bagaimana mereka boleh berada di dalam dan luar bangunan serentak.

"Kami di sini, macam mana kami boleh ada di situ?" katanya sambil menunjukkan papan iklan tersebut kepada Antonelli.

"Ini gila, kami macam ada di dua tempat berbeza dalam satu masa," tambahnya sambil meneruskan gurauan berkenaan.

Antonelli yang berdiri di sebelah Russell turut mengiyakan gurauan tersebut dengan wajah yang serius.

Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kelihatan terhibur melihat gelagat kedua-dua pelumba Mercedes-AMG Petronas itu.

Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai
Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai
Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

Malah, ada yang berseloroh bahawa Russell dan Antonelli kini sudah belajar cara ‘borak kacip’ yang sering dilakukan oleh warga Malaysia.

Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang sempat merakam foto Russell dan Antonelli ketika kedua-duanya berada di lokasi tersebut.

Image from: “Dahlah Hensem, Kelakar Pula Tu” George Russell ‘Borak Kacip’ Cuit Hati Ramai

Russell dan Antonelli tiba di Malaysia beberapa hari lepas bagi menyertai Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula hari ini hingga Ahad ini.

Aksi F1 dimulakan dengan dua sesi latihan bebas hari ini sebelum sesi kelayakan berlangsung pada Sabtu dan perlumbaan utama pada Ahad.

Baca juga:

Grand Prix Bahrain di Malaysia itu turut menandakan kepulangan F1 ke Sepang buat pertama kalinya sejak 2017, sekali gus menarik perhatian peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved