Katrina Kaif terkentut ketika ‘live’

Entertainment
12 Sep 2026 • 9:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Katrina Kaif terkentut ketika ‘live’

Siapa sangka sesi siaran langsung yang sepatutnya berlangsung santai bertukar menjadi detik mencuit hati apabila pelakon popular Bollywood, Katrina Kaif dikatakan terkentut ketika sedang berbual bersama pengikutnya. Memalukan bukan?

Momen spontan tersebut pantas menarik perhatian penonton, lebih-lebih lagi apabila reaksi Katrina selepas menyedari kejadian tersebut turut mencetuskan gelak tawa.

Tidak dapat dipastikan sama ada bunyi yang kedengaran itu benar-benar datang daripada Katrina atau sekadar gangguan audio dalam sesi berkenaan.

Namun, seperti biasa, pengguna media sosial tidak mengambil masa lama untuk menjadikan detik tersebut sebagai bahan gurauan.

Ada yang memuji Katrina kerana kekal tenang dalam situasi berkenaan, malah menganggap kejadian kecil seperti itu membuktikan selebriti juga manusia biasa yang boleh mengalami perkara spontan dan memalukan.

Bagi peminat, insiden berkenaan tidak mengubah pandangan mereka terhadap pelakon Tiger 3 itu, sebaliknya menjadikan sesi live tersebut lebih santai dan menghiburkan.

Ini bukan kali pertama insiden pelakon terkentut menjadi viral, sebelum ini situasi yang sama pernah berlaku pada aktor terkenal, Tiger Shroff.

Aktor bertubuh sasa itu terkentut di hadapan heroinnya, Shradha Kapoor ketika sesi promosi filem Baaghi.

The post Katrina Kaif terkentut ketika ‘live’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved