‘Akulah perintis heroin berbadan sasa’

Health & Fitness
12 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Akulah perintis heroin berbadan sasa’

KETIKA industri perfileman Bollywood dimonopoli heroin bertubuh genit dan langsing bak patung Barbie, hadir seorang pelakon yang bertubuh ‘atlet’ dan seksi iaitu Bipasha Basu.

Bipasha yang merupakan seorang model terkenal sebelum menjadi pelakon sering dijadikan rujukan untuk wanita yang inginkan tubuh fit persis atlet.

Namun, ada juga yang menggelarkan pelakon filem Raaz itu sebagai heroin yang memiliki tubuh maskulin.

Tidak dinafikan, tubuh Bipasha agak berotot dan lebih lebar berbanding pelakon seangkatan. Malah, dia sendiri mengakui perkara tersebut.

Menerusi temu bual bersama sebuah majalah, Bipasha berkata, dia yang memulakan trend heroin bertubuh maskulin di Bollywood.

“Sebelum saya masuk ke dalam industri Bollywood, kebanyakan memiliki tubuh yang kecil dan berkulit putih.

“Ketika saya masuk ke ke dalam industri, saya satu-satunya pelakon yang berkulit perang, tinggi dan bertubuh seperti atlet.

“Saya tak rasa pelakon seperti saya yang berkulit perang dan berotot akan diterima sebelum ini. Tetapi saya rasa saya yang memulakan trend ini. Hari ini ramai pelakon wanita yang mementingkan penjagaan tubuh dan berotot,” ujarnya. –

The post ‘Akulah perintis heroin berbadan sasa’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved