Daiyan Trisha batalkan kontrak serta merta dengan jenama boikot

16 May 2024 • 6:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti, Daiyan Trisha batalkan kontrak serta merta dengan beberapa jenama antarabangsa yang dipercayai ada hubung kait dengan ‘penjajah’.

Terbuka terima teguran orang ramai

Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar, Daiyan Trisha Nasaruddin,31 memaklumkan dia mengambil tindakan tersebut susulan teguran yang diterima daripada orang ramai terhadapnya sejak kebelakangan ini.

“Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya berkerjasama.

“Saya terima segala teguran… Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya,” katanya.

image is not available

Daiyan Trisha batalkan kontrak beberapa jenama, tak dedah kerugian

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut enggan menjelaskan kerugian dan penalti yang harus ditanggung susulan tindakan drastik yang dilakukan terhadap kontrak bersama beberapa jenama antarabangsa yang menyokong penjajah.

image is not available

Daiyan Trisha batalkan kontrak lepas nama tersenarai dalam gerakan Blockout2024

Terdahulu, Daiyan telah memuat naik beberapa bukti bahawa dirinya langsung tidak pernah melupakan apa yang terjadi terhadap saudara-saudara di Palestin dengan berkongsi tangkapan layar resit transaksi sumbangan ke atas empat badan berbeza menjangkau RM100,000.

Hal ini susulan namanya telah disenarai dalam gerakan Blockout2024 terhadap mana-mana selebriti dan juga influencer yang mempromosikan jenama pro penjajah di platform mereka.

image is not available

Gerakan yang disambut baik rakyat Malaysia itu menuai pro dan kontra apabila ada sesetengah pihak yang melakukan tindakan tersebut dengan keterlaluan sehingga sanggup memaki hamun serta meninggalkan ugutan kepada public figure.

Selain Daiyan Trisha, beberapa nama selebriti seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, dan ramai lagi turut berada dalam senarai Blockout2024 yang tular di media sosial.

Sumber: Mstar (Ain Norman)