Dakwa Aina Abdul Terlalu Mahu Penuhi Kehendak Orang, Ini Jawapan Tuan Badan - "Saya Tak Akan Bertahan Jika Hanya..."

16 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dakwa Aina Abdul Terlalu Mahu Penuhi Kehendak Orang, Ini Jawapan Tuan Badan - "Saya Tak Akan Bertahan Jika Hanya..."

Seorang individu berjaya menarik perhatian penyanyi dan komposer, Aina Abdul selepas menyatakan pendapatnya di media sosial.Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat Aina terlalu berusaha untuk memenuhi kehendak orang di sekelilingnya semata-mata untuk membuktikan dirinya bagus.Tidak melatah dengan komen tersebut, pelantun lagu Berjauh-an itu tampil menjelaskan setiap konsep dan persembahan yang diketengahkan selama ini bukanlah bertujuan untuk memenuhi kehendak orang lain sebaliknya hadir menerusi imaginasi dirinya sendiri.“Sayangku, saya sangat menghargai keprihatinan awak. Tetapi ketahuilah, segala yang saya persembahkan di pentas AJL hingga ke hari ini bukanlah untuk memenuhi kehendak sesiapa.“Itu karya saya, tulisan saya dan imaginasi saya. Saya tidak akan mampu bertahan lama sekiranya hanya mahu memuaskan hati orang lain. Percayalah,” jelas Aina.Dalam masa sama, Aina turut menegaskan konsep persembahan sedemikian sememangnya menjadi identiti atau branding yang ingin diketengahkannya sebagai seorang penghibur.“Itulah branding yang saya ketengahkan melalui sosok Aina Abdul.“Tetapi terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang awak. Cuma saya perlu betulkan perkara ini,” katanya. View on Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved