
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi dan komposer, Aina Abdul atas kejayaannya meraih tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Asia Song Contest 2026.Menerusi hantaran di Threads, Anwar menyifatkan pencapaian tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia, selain menghargai usaha Aina bersama pasukannya dalam mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.“Alhamdulillah, tahniah Aina Abdul atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026!“Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.“Terus terbang tinggi Aina!” tulisnya.Aina Abdul berjaya menduduki tangga keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas memperoleh 82 mata daripada 10 juri manakala bagi undian penonton sebanyak 70 mata dengan jumlah sebanyak 152 mata. Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan Eurovision Asia yang menghimpunkan 11 wakil dari negara Asia termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.





