Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff sekali lagi mencuri perhatian selepas tampil membalas kenyataan yang dipercayai dibuat oleh bekas suaminya, Zainol MacWilson.
Sebelum ini, Zainol berkongsi luahan mengenai hubungannya dengan anak-anak selain mendakwa anak bongsunya telah diusir keluar dari rumah oleh bapa tiri, iaitu suami Maslinda.

Tidak berdiam diri, Maslinda kemudian tampil memberi penjelasan dari pihaknya dan mendakwa ada pihak yang tidak senang melihat kehidupannya kini yang lebih baik.
Menurut Maslinda, ada yang cemburu apabila anak-anak lebih rapat dengan bapa tiri sehingga didakwa menghasut mereka untuk membenci dirinya dan suami.
Dalam satu lagi hantaran, Maslinda turut mendakwa bekas suaminya dahulu meninggalkannya bersama empat orang anak serta hutang.
Malah, Maslinda juga mendakwa bekas suaminya pernah berlaku curang dan menyimpan dua kekasih.
Dakwanya lagi, bekas suaminya tidak menyukai suaminya kini kerana menganggap lelaki tersebut lebih bertanggungjawab.
Terdahulu, Zainol dalam perkongsiannya mendakwa anak perempuan sememangnya rapat dengan ayah, namun anak lelakinya kurang berinteraksi dengannya sejak lebih 10 tahun lalu.
Dia turut mendakwa anak bongsunya, Zahra yang sebelum ini tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri, telah dihalau dan kini tinggal bersamanya.
Menurut Zainol, pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk anaknya itu sekiranya mahu terus tinggal bersamanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Makin Lama Biar Makin Biadab.." - Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat
The post Dakwa Anak Dihalau Dari Rumah, Ibu Zahirah Bidas Kenyataan Zainol MacWilson – “Tinggalkan Kami Dengan Hutang, Ada 2 Skandal!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






