“Makin Lama Biar Makin Biadab..” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat

LocalEntertainment
29 Jun 2026 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa luahan di media sosial berhubung hubungan kekeluargaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Maslinda mendakwa hubungannya dengan anak sudah tidak lagi rapat sejak Ogos 2024.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Maslinda, dia sebelum ini sudah beberapa kali cuba memperbaiki keadaan, namun mendakwa usaha tersebut tidak diterima.

Dalam luahan sebelum ini, Maslinda turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa urusan untuk bertemu cucu juga mempunyai syarat tertentu.

MAK ZAHIRAH

MAK ZAHIRAH MACWILSON Image from: “Makin Lama Biar Makin Biadab..” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat

Maslinda kemudian menjelaskan bahawa dia dan suami sudah beberapa kali turun ke Kuala Lumpur bagi cuba memulihkan hubungan berkenaan secara tertutup.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan melalui seorang ustaz yang bertindak sebagai orang tengah, namun masih tidak berjaya.

Katanya lagi, semakin lama perkara itu dibiarkan, keadaan menjadi semakin melampau sehingga membuatkan dirinya tidak lagi mampu berdiam diri.

Bagaimanapun, Maslinda tidak memperincikan punca sebenar hubungan mereka menjadi renggang.

Setakat ini, Zahirah MacWilson belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung luahan ibunya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazley2026-06-26 15:45:38

"Terima Kasih S****g" - Buat Ucapan 'Manis', Netizen Doakan Datuk Fazley Berjodohan Dengan DS Vida

The post “Makin Lama Biar Makin Biadab..” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved