Dakwa Diabaikan Masa Hidup, Ibu Tak Benarkan Anna Jobling Tahu Jika Meninggal Dunia

LocalEntertainment
26 Aug 2025 • 8:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ibu Anna

Perkongsian Instagram Story daripada ibu kepada pelakon popular Anna Jobling benar-benar menyentuh hati ramai.

Dalam luahan pilu itu, beliau menitipkan pesan supaya membawa dirinya pulang ke kampung sekiranya meninggal dunia.

Beliau mahu jasadnya dikebumikan berdekatan dengan arwah ibunya. Lebih memilukan, ibu Anna turut berpesan supaya jangan memberitahu anaknya tentang pemergiannya kerana ketika dia masih hidup pun, si anak dikatakan tidak peduli, apatah lagi bila sudah tiada.

“Hati akak dah terlalu hancur”

image is not available

Dalam luahannya, beliau berkata hatinya sudah terlalu hancur hingga tiada lagi air mata yang mampu dititiskan.

Pesanan terakhirnya adalah agar kucing-kucing kesayangannya dijaga dengan baik selepas ketiadaannya kelak.

Terdahulu, ibu Anna mendakwa anaknya itu mengenakan perintah injunksi melarang dirinya mendekati Anna.

Namun, selepas perbincangan damai, kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkan perintah itu dengan beberapa syarat.

Konflik semakin meruncing apabila ibu mendakwa dirinya telah dikunci dalam kereta ketika berselisih faham dengan anaknya.

Pssttt! Semoga ibu Anna Jobling diberi kekuatan menghadapi dugaan besar ini, dan semoga hubungan kekeluargaan dapat kembali jernih demi ketenangan bersama.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.