Ibu Anna Jobling Buat Luahan Hati, Kecewa ‘Ditikam’ Manusia Tak Berhati Perut - “Seolah-Olah Korang Tak Ada Mak”

23 Aug 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop telah memuat naik satu hantaran luahan hati penuh emosi di akaun media sosial miliknya pada Jumaat.
 

Luahan kecewa

Menerusi hantaran di Insta Stories miliknya itu, Ariz meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah individu yang disifatkan sebagai tamak dan tidak berhati perut.

“Hati ku dah terlalu banyak luka, sampai dah tiada ruang untuk merasa sakit, ditikam manusia manusia yang tamak tak berhati perut.

“Yang seolah olah korang tak ada mak, apa korang rasa kalau mak korang diperlakukan sebegini? Allah maha adil,” tulisnya.


Sehingga kini, Ariz belum mendedahkan siapa yang dimaksudkan dalam kenyataan itu.


image is not available


Sebelum ini, kemelut keluarga Anna dan ibunya menjadi perhatian apabila muncul seorang individu dipercayai ‘kenalan rapat’ keluarga mendakwa pelakon itu memberi wang RM10,000 sebulan kepada ibunya serta membeli rumah.



Dalam masa sama, individu tersebut mendakwa sikap Anna yang memilih berdiam diri bukan kerana lemah, sebaliknya demi menjaga maruah ibunya meskipun dirinya sering dipersalahkan.



Bagaimanapun, Ariz hanya menafikan tentang dakwaan rumah dan tidak mengulas mengenai pemberian wang bulanan yang dikaitkan dengan Anna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved