Dakwa dokumen bocor? Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dikenakan tindakan

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 3:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasukan pembelaan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon supaya tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap pegawai penyiasat kes Janawibawa susulan laporan polis berhubung isu kebocoran dokumen yang dirahsiakan.

Mohon tindakan menghina mahkamah dikenakan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, laporan polis berkenaan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan polis menyiasat bagaimana rakaman percakapan ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad dalam kes berasingan boleh berada dalam milikan pasukan pembelaan.

Image from: Dakwa dokumen bocor? Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dikenakan tindakan

Foto: IG Muhyiddin Yassin

Dokumen disiarkan kepada pihak media

Menurut pasukan pembelaan, dokumen berkenaan didakwa tidak mempunyai kaitan dengan kes yang dihadapi Muhyiddin.

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad ketika prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini menyatakan, laporan tersebut kemudiannya disiarkan pihak media dan dilihat sebagai satu percubaan untuk mencemar imejnya sebagai salah seorang peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri.

Image from: Dakwa dokumen bocor? Peguam Muhyiddin mohon pegawai SPRM dikenakan tindakan

Foto: FB Datuk Amer Hamzah Arshad

Beliau memohon tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap Ketua Penolong Pesuruhjaya, Mazery Mohd. Zaini kerana didakwa telah melanggar arahan mahkamah agar tidak membincangkan butiran perbicaraan di luar prosiding.

Menurut Amer Hamzah, pasukan pembelaan turut menimbang untuk mengenakan tindakan undang-undang lain atas dakwaan membuat laporan polis palsu.

Peguam turut mempersoal individu yang membuat laporan tersebut sama ada beliau merupakan sebahagian daripada pasukan siasatan yang mendapat arahan daripada Mazery selaku pegawai penyiasat.

Sumber: Malaysia Gazette (Norlizah Abas)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved