Dakwaan Ahmad Maslan DAP Tak Terima Title ‘Datuk’ Kerana Pendirian Terhadap Raja Melayu Adalah Fitnah – Adly

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 6:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dakwaan Ahmad Maslan DAP Tak Terima Title ‘Datuk’ Kerana Pendirian Terhadap Raja Melayu Adalah Fitnah – Adly

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mendakwa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti Datuk kerana berkait dengan pendirian parti berkenaan, lapor Malaysia Gazette.

Menurut beliau, pemimpin parti berkenaan tidak cenderung untuk menerima gelaran berkenaan disebabkan tidak mahu mengiktiraf kedudukan serta institusi Raja-Raja Melayu.

Ahmad Maslan sewaktu ceramah Pilihan Raya di Kampung Lendu Dalam, Masjid Tanah, mendakwa DAP mempunyai perbezaan ideologi dengan UMNO, selain isu berkaitan konsep negara sekular serta kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Anthony Loke mana ada Datuk, Nga Kor Ming mana ada Datuk, Teresa Kok pun tidak ada Datuk. Kenapa mereka tidak mahu menerima Datuk-Datuk?

“Kerana mereka tidak mahu mengiktiraf Raja Melayu dan tidak mahu tunduk kepada Raja Melayu,” ujarnya.

Adly sifatkan dakwaan Ahmad Maslan kepada pemimpin DAP mengenai gelaran kebesaran sebagai fitnah

Terbaharu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga Naib Presiden Amanah, Adly Zahari menyelar dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah fitnah.

Bahkan beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cubaan bagi memburukkan PH sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 masih berlangsung.

“Jadi, sebab itu saya simpulkan kenyataan itu satu fitnah,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Sifatkan ia tidak berasas

Menurut beliau, dakwaan terbabit adalah tidak berasas. Ini kerana ada pemimpin DAP yang menerima gelaran kebesaran sewaktu PH mentadbir kerajaan berkenaan di Melaka.

“Ada pemimpin tertinggi DAP (seperti) Tan Sri Lim Kit Siang, turut menerima gelaran… dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri pun ada yang tidak bergelar seperti Tun Ghafar Baba yang menerima gelaran selepas beliau meninggal dunia.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved