Dakwaan Bercinta & Sudah Bertunang Dengan Hael Husaini, Ini Kata Dayang Nurfaizah – “Doakan Yang Terbaik…”

EntertainmentLifestyle
8 Jul 2025 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh ura-ura mengatakan bahawa penyanyi popular Hael Husaini menjalinkan hubungan cinta dengan Dayang Nurfaizah.

Bagaimanapun, komposer tersebut menafikan dakwaan bahawa dia sudah bertunang dengan pelantun lagu Lelaki Teragung itu seperti yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Terbaru, Dayang yang ditemu bual terus mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang pengesahan tentang dakwaan tentang hubungan cinta mereka.

Penyanyi berusia 44 tahun berkenaan ketika ditanya petugas media hanya memberi jawapan ringkas dan tidak mengulas lanjut.

Doakan yang terbaik untuk saya.

image is not available

Kata Dayang, dia lebih selesa bercakap tentang sokongan perminat dan persiapan persembahan konsert tanpa mengulas mengenai ‘teman istimewa’ yang sering diperkatakan.

Dalam pada itu, ketika diaju soalan tentang kehadiran Hael dalam persembahannya nanti, Dayang tertawa dan menjawab dengan profesional.

Semua artis yang datang adalah istimewa. Mereka istimewa kerana mereka hadir untuk menyokong.

image is not available

Menurut Dayang orang yang bermakna dalam hidupnya adalah peminatnya sendiri kerana merkea sentiasa bersama-sama memberikan sokongan kepadanya.

Mereka adalah pembakar semangat saya.

image is not available 1 month ago

Dah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah? Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan - "Saya Hanya Fokus Dengan Karier.."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved